Thursday, February 4, 2010

JANGAN SESEKALI LEKA ...

Salam 1 malaysia,

Alhamdulillah sedikit kesempatan yang ada bagi memenuhi ruang ini ingin saya bersama-sama saudara bertukar-tukar fikiran untuk kita renungkan bersama…

Suatu ketika tidak lama dahulu kita dalam UMNO telah diduga dengan bermacam macam rintangan dan masaalah dalaman Parti. Dengan kesungguhan serta berkat sabar kita dalam menangani masaalah demi masaalah akhirnya kita terkeluar dari kemelut dalaman walaupun ianya tidaklah 100% selesai namum persefahaman itu nampak jelas kelihatan antara barisan kepimpinan dengan semua ahli peringkat akar umbi.

Satu Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan dan juara rakyat nampaknya berjaya memberi impak yang besar dalam misi memulihkan keyakinan ahli UMNO terhadap parti UMNO….. kini kita mampu tersenyum melihat kerenah dan masaalah dalaman parti pembangkang yang semakin memuncak membuatkan kita terleka dan melupakan masaalah yang sama kita hadapi suatu ketika dahulu.

Walau apa pun masaalah atau kemelut yang melanda parti pembangkan ketika ini, seharusnya kita tidak terus leka . Jika kita mampu bangkit semula begitu juga dengan parti lawan akan mampu bangkit semula. Dalam peperangan yang tidak memerlukan peluru dan senjata waktu dan ketika inilah yang kita tunggu-tungu untuk kita terus mara dan berusaha menawan hati setiap pengundi pengundi serta memperhebatkan lagi usaha kita memulihkan hubungan serta memartabatkan bangsa melayu.

Ruang dan peluang yang sama juga dilakukan pihak lawan dalam PRU12 menyaksikan kita mengalami kekalahan yang teruk. Cuba kita renung dan fikirkan bersama adakah kita sekarang dalam kedudukan yang selesa…sebenarnya masih banyak kelemahan dan kepincangan dalam parti yang kita harus perbaiki dan selesaikan … keutamaan harus dilakukan diperingkat cawangan-cawangan, selasai kan isu isu serta memberi perhatian yang serius dalam usul usul dari cawangan . ini penting bagi kita menampakkan usaha dan keikhlasan kita dalam membantu menyelesaikan masaalah-masaalah dalam cawangan sebagaimana yang kita laungkan suatu ketika dulu.

Siapa yang harus kita pulihkan sebenarnya? ,galongan yang macamana yang menjadi sasaran kita, apa strategi kita untuk menarik golongan golongan tersebut semuanya itu haruslah diteliti dan dikaji secara mendalam oleh semua peringkat .

Namun begitu walaupun kita tidak mampu untuk menyelesaikan masaalah semua cawangan akan tetapi kita sudah mula menampakkan usaha kearah itu .namun ianya masih diperingkat permulaan dan masih dalam membaik pulih.

Tahniah diucapkan kepada semua Barisan Kepimpinan Pemuda UMNO Bah. Maran diatas keperhatinan serta pendekatan yang berbeza dari Kepimpinan sebelum ini.semoga segala usaha-usaha kearah apa yang kita namakan menambah baik hubungan dan khidmat serta memberi penerangan-penerangan tentang hala tuju UMNO ke cawangan - cawangan ini akan sentiasa di pertingkatkan dari masa ke semasa, semoga ianya menjadi amalan dan contoh yang baik kepada pemimpin-pemimpin yang akan datang.

No comments:

Post a Comment